Pesanan dari Cik DN...

sekarang ni cik DN lebih banyak menumpukan perhatian untuk study...ada je assignment + forum kena submit setiap minggu...cik DN baca juga novel cuma tak sempat nak review...dah banyak 'hutang'tapi belum boleh nak lunaskan..TQ kerana sudi jenguk 'rumah'cik DN ye...

Saturday, May 12, 2012

Senyum Sampai Langit - Syasyaja


kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan

Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."

Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

**********
novel ni asalnya ditulis di blog penulis yang lebih dikenali sebagai Bulanhijau dikalangan peminat-peminatnya.. *secara jujur aku tak penah kenal Bulanhijau sebab dah lama sangat tak membaca e-novel ni..* TAHNIAH buat penulis kerana telah berjaya menghasilkan e-novelnya ke versi cetak..

sebuah novel yang ringan dan santai dan sweet *bak kata pengunjung booth JS..nak novel yang sweet*... aku tiada masalah membaca novel sebegini cuma bagi aku ia cuma kisah biasa..tiada yang luar biasa dengan cerita ni..mungkin rasa sebegitu sebab mungkin aku dah biasa baca novel-novel yang lebih kurang gini je kisahnya dan mungkin juga kerana kali pertama membaca hasil tulisan Bulanhijau... *peminat Bulanhijau jangan marah ye sebab aku memang tak reti nak selindung..bagitau je apa yang saya rasa sebaik saja habis baca satu-satu novel tu hehehe* namun begitu sesuai dengan tajuk, cerita ni boleh buat aku senyum aje tapi idak le sampai langit hehehe...sekali lagi aku ucapkan TAHNIAH buat penulis Syasyaja atau Bulanhijau..semoga next novel akan lebih mantap..teruskan menulis...

Saturday, May 5, 2012

Pesta Buku 2012

salam/hai..

aduhai..lupa nak update pasal pesta buku..ops..bukan lupa tapi tak sempat la..ari tu sempat upload beberapa info pasal booth je kan..pastu cik DN dok kalut dengan tugasan..maklumla sem 3 ni busy giler...subjek masih kekal 5 tapi nye 2 major n 3 teras..kalut..kalut..tapi kalut-kalut pun cik DN sempat la shopping novel kat PBAKL 2012..sempat la melepak kat booth feveret cik DN iaitu Jemari Seni dan melawat tapak *cis..bajet femes ke apa ke hahahaha jangan marah ye..* sempat la juga cik DN jumpa penulis-penulis kesayangan cik DN kat pwtc ari tu...

Thursday, April 5, 2012

countdown...Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

bila dah masuk April, lagi aku excited..sebab apa? menghitung hari atau countdown untuk Pesta Buku Antarabangsa KL 2012...ni acara wajib bagiku setiap tahun dan insya-allah tahun ni aku akan ke PBAKL 2012...tak sabarnya..korang macam mana? dah plan? dah simpan duit? dah buat list nak beli buku/novel/majalah apa? dah bersedia untuk berada di lautan manusia yang pastinya memang akan sesak :) ok..n3 kali ni nak letak beberapa banner publisher yang akan join PBAKL 2012 *yang aku jumpa dan ingat la* dan juga mungkin...so, boleh la korang tulis ek kat buku nota korang nombor booth dan dewannya :)











Pesanan untuk ibu bapa yang bawa anak-naka esp anak kecil jaga la anak elok-elok sebab time pesta buku ni wajib orang memang ramai..kalau hilang memang naya...so, be careful..ops bukan utk parents aje tapi untuk semua orah..takut ada yg ambik kesempatan..meraba ke. menyeluk poket ke..:)

Friday, March 30, 2012

Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah mangkat

Al-Fatihah....
 
Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi. Jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar, untuk disembahyangkan sebelum istiadat pemakaman berlangsung di Makam Diraja Kuala Kangsar yang terletak bersebelahan dengan masjid itu selepas selepas asar.Raja Ashman yang terkenal dengan sifat mesra rakyat meninggalkan isteri Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah serta dua puteri Raja Eminah Alliyah dan Raja Bainunisa Safia.Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Yong Sofia.Raja Ashman dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

sumber : Bernama Online

Sebagai rakyat Perak, cik DN turut bersedih..takziah kepada Datin Seri Noraini Jane dan seluruh kaum kerabat Diraja Perak

Saturday, March 24, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012

aku tak sabar..korang macam mana? kalau korang pun tak sabar memang kita ni sama la..ulat buku..ulat novel...so jangan lupa ye...kalau lupa tampal poster ni kat tempat yang korang senang nak tengok n ingat...*aku dah ambik cuti khas untuk pesta buku*


Tuesday, March 20, 2012

booth Jemari Seni & JS Adiwarna PBAKL 2012

kawan-kawan...ni pelan ke booth Jemari Seni dan juga booth JS Adiwarna ye...untuk makluman kedua booth ini berbeza tau...so print la supaya nanti senang nak cari :) pelan booth lain saya akan cuba dapatkan nanti...